Isnin, 17 April 2017

Panggilan ke Rumah Allah

Assalamualaikum

Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan kasihNya aku telah dijemput untuk menunaikan ibadah umrah di usia yang masih muda. Belum cecah 30 an masih dikira muda kan? Hihi...

Aku coretkan sedikit pengalaman untuk dikongsikan dengan anda yang membaca. Mana tahu anda juga akan ke sana dan mencari-cari rujukan, Walaupun kisah aku ni tak sehebat mana tapi boleh lah di kongsi dan di ambil iktibar. Baik. Aku akan ceritakan pengalaman di Tanah Suci ini ikut bahagian-bahagian. Senang sikit. Taklah berjela anda semua baca.
Alhamdulillah. Masa ni hari ke 3 di Madinah 

Untuk entry pertama. Aku nak share saat aku ditawarkan mengerjakan umrah. Ok macam ni. Mulanya adik aku yang bongsu nak seponser ibu dengan abah ke  sana. Aku masa tu sedih juga la sebab dari kecil memang dalam doa, nak bawa ibu abah ke sana. Tapi sekarang, adik aku yang berpeluang biayai perbelanjaan ibu abah. 

Takpalah. Aku anggap itu rezeki adik bongsu aku berbakti pada ibu abah sebab dia pun dah nak kawin. So selagi bujang ni, biarlah dia jalankan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki. 

Ibuabah dijangka berangkat menunaikan umrah awal bulan Jan 2017. Kira dah bayar semua duit pada agensi dalam bulan Ogos 2016 macam tu. Owh, kami ikut ANDALUSIA. Memang superb!!! Ibu abah pun ikut la kursus umrah dalam 4, 5 kali dibawah kelolaan Hj Mohd Noh. Kakak aku risau ibu pergi dengan abah, Sebab ibu ni takut jalan sorang-sorang. Ibu jenis tak ingat jalan. Aku ok je sebab ibu abah nak pergi tempat suci kan. I.allah Allah akan jaga ibu abah kat sana.

Lagi sebulan dari tarikh ibu abah nak berangkat, aku dapat mesej. Masa tu aku tengah kerja. Ibu tanya, ''dik, ko nak ikut pergi umrah tak?'' Ada tempat kosong ni. Aku masa tu tak tahu nak cakap apa. Hati memang nak pergi tapi terbayang-bayang hal duit. Sobsobsob~

Yelah. Dengan PTPTN, hal kereta pertama tak tukar nama, hal duit tambang nak kesana, hal duit poket. Ya Allah memang rasa duit tu penghalang utama aku nak kesana. 

Ok. Nanti aku update cerita ikut urutan. Owh yer. Boleh klik kat pautan ni untuk tau kisah ptptn blacklist. Sampai sini dulu yer. Next aku sambung lagi.

Assalamualaikum semua. Semoga Allah lindungi kita semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan